PERBEZAAN ADALAH DENGAN ADALAH

Dalam contoh-contoh yang diberikan di atas, penggunaan `adalah’ adalah salah kerana `adalah’ hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Manakala `ialah’ pula hanya digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama, yakni perkataan atau rangkai kata yang menyatakan nama sesuatu benda, keadaan, pekerjaan, konsep dan sebagainya, seperti sukan, orang yang pertama, elemen, orang yang berpendidikan tinggi, anugerah Allah, pembinaan masyarakat cemerlang, bekas Pengerusi Lembaga Pengelola, kekurangan pendapat yang bernas, satu masalah yang tidak mudah diatasi dalam contoh di atas.Perkataan `adalah’ tidak boleh diikuti oleh kata kerja, seperti merupakan, melambangkan, berasaskan dan sebagainya. Ungkapan `adalah merupakan’ amat digemari oleh pengguna bahasa Melayu. Ungkapan ini biasanya diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Oleh itu, perkataan `adalah’ dalam ungkapan seperti ini sememangnya tidak sesuai digunakan. Hanya perkataan `merupakan’ atau `ialah’ boleh digunakan

PPD HULU LANGAT

BMM 3105 BASERI