KATA SENDI NAMA DI/KE/ DARI/ DARIPADA

KATA SENDI NAMA `DI'
Kata sendi nama `di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang -mengikutinya. Contohnya:
1. Ibunya bekerja di sekolah itu.
2. Pengembara itu sesat di dalam hutan.

KATA SENDI NAMA `KE'
Kata sendi nama `ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa dan ditulis terpisah daripada fasa nama atau kata nama yang mengikutnya.
a) Menunjukkan tempat atau arah
Contoh;
1: Pengembara itu meneruskan perjalanannya ke arah timur.
2. Mereka pergi ke Kuala Kedah.
3. Penyelam itu terjun ke dalam sungai.
4. Pelajar itu pergi ke sekolah beramai-ramai.

KATA SENDI NAMA `DARI'
Kata sendi nama `dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.
a) Menunjukkan tempat atau arah
Contoh:
1. Awak datang dari mana?
2. Saya datang dari kampung.
3. Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi

KATA SENDI NAMA `DARIPADA’
Kata sendi nama `daripada' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan.
31
a) Menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur abstrak
Contoh:
1. Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya.
2. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah.
3. Cadangan daripada persatuan kami telah diterima.
4. Mereka sudah pun menerima sumbangan daripada pihak

PERBEZAAN SENDI NAMA DI DENGAN DALAM

Kata sendi `di’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya:
i. Majlis itu diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.
ii. Mereka menunggu ketibaan tetamu kehirmat itu di lapangan terbang.
iii. Pelajar itu menelaah pelajarannya di perpustakaan.
iv. Penderma darah mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.
v. Mesyuarat itu diadakan di Kementerian Pendidikan.
vi. Di Paris, mereka akan mengunjungi pejabat UNESCO

Kata sendi dalam pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian `lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak’ (seperti perkara, peristiwa hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya). Mari kita amati bersama-sama contoh penggunaan kata sendi `dalam’ dalam ayat-ayat yang berikut:
i. Dalam hal ini, kita semua setuju.
ii. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu;
iii. Masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu.
iv. Dia tidak terlibat dalam urusan perniagaan bapanya.
v. Hal-hal berhubung dengan kerjasama serantau telah dibincangkan dalam pertemuan antara pemimpin kedua-dua buah negara itu.
vi. Beliau merupakan contoh belia yang aktif dalam pelbagai kegiatan kebajikan.
vii. Persoalan itu bermain-main dengan fikirannya.
viii. Rakyat hidup aman damai dalam negara yang stabil seperti Malaysia.
ix. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja dalam perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan.
x. Dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat negara ini, kerajaan telah melancarkan berbagai-bagai projek pembangunan.
xi. Keperluan jawatan baru telah beberapa kali dikemukakan dalam anggaran belanjawan tahunan.
xii. Beliau diraikan dalam majlis yang serba sederhana.
xiii. Keretanya rosak semasa dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.
xiv. Dalam keheningan malam, dia duduk berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk.
16

PERBEZAAN ADALAH DENGAN ADALAH

Dalam contoh-contoh yang diberikan di atas, penggunaan `adalah’ adalah salah kerana `adalah’ hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Manakala `ialah’ pula hanya digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama, yakni perkataan atau rangkai kata yang menyatakan nama sesuatu benda, keadaan, pekerjaan, konsep dan sebagainya, seperti sukan, orang yang pertama, elemen, orang yang berpendidikan tinggi, anugerah Allah, pembinaan masyarakat cemerlang, bekas Pengerusi Lembaga Pengelola, kekurangan pendapat yang bernas, satu masalah yang tidak mudah diatasi dalam contoh di atas.Perkataan `adalah’ tidak boleh diikuti oleh kata kerja, seperti merupakan, melambangkan, berasaskan dan sebagainya. Ungkapan `adalah merupakan’ amat digemari oleh pengguna bahasa Melayu. Ungkapan ini biasanya diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Oleh itu, perkataan `adalah’ dalam ungkapan seperti ini sememangnya tidak sesuai digunakan. Hanya perkataan `merupakan’ atau `ialah’ boleh digunakan

0

KERANDA 152

Keranda 152 merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu terutama penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang mencapai kemuncaknya pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara tokoh terpenting ialah Usman Awang yang ketika itu menjadi editor Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya yang diterbitkan DBP. Perarakan ini merupakan simbolik kepada kematian bahasa Melayu apabila kerajaan Malaysia tidak menepati janji untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman.

Semua orang Melayu di Malaysia dipelopori pejuang bahasa mahu mengangkat martabat bahasa Melayu ke tempat yang wajar di negara ini bagi menggantikan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti ketika itu.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 jelas mencatatkan kedudukan bahasa Melayu akan dinaikkan kedudukan secara berperingkat dari 31 Ogos 1957 kepada tahap lebih baik 10 tahun kemudian iaitu pada 1967. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa termasuk Cina, India dan lain-lain. Ketika Malaysia baru merdeka pada 1957, parti pemerintah beranggapan bahawa bahasa Melayu belum bersedia untuk mengambil alih tugas bahasa Inggeris yang digunakan oleh pentadbiran penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara.

Apabila persidangan Dewan Rakyat membahaskan Perkara 152 yang majoritinya daripada Perikatan, janji 10 tahun lalu diabaikan. Badan NGO Melayu rasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman. Tempoh 10 tahun dikatakan tidak berjaya membaiki jumlah perbendaharaan bahasa Melayu, bilangan guru di sekolah dan pensyarah di universiti. Bahasa Melayu hanya dilihat memadai untuk pelajaran bahasa Melayu dan bidang sastera sahaja dan tidak layak untuk bidang sains.

Lebih 2,000 pejuang bahasa termasuk pengarah DBP, Tun Syed Nasir Ismail dan Usman Awang berhimpun dan berucap di Balai Budaya, DBP selepas sembahyang Jumaat pada 3 Mac 1967. Mereka mahu berarak membawa keranda putih bertulis Perkara 152 ke bangunan Parlimen yang terletak di Jalan Mahameru, kira-kira 3 km dari DBP. Namun kerajaan Perikatan tetap bertegas dengan bahasa Inggeris.

Tetapi Peristiwa 13 Mei menjadi detik penting dan peluang terbaik untuk menukar status bahasa Melayu kepada bahasa pengantar, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang sebenar-benarnya dalam semua majlis dan semua perkara. Menteri Pelajaran yang berani bertindak ketika itu ialah Abdul Rahman Yaakub dari Sarawak. Konvensyen Ekonomi Melayu yang diadakan juga setuju menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan seberapa segera sebagai alternatif Universiti Malaya di Singapura yang ditubuhkan oleh penjajah British.[1] Ini adalah kejayaan terbesar yang dilakukan oleh kakitangan DBP sehingga ke hari ini. Keberanian Tun Abdul Rahman Yaakub menukar bahasa pengantar ini telah dicemuh oleh Tun Dr MMahathir Mohamad dalam satu wawancara pada 2003.

KERANDA 152

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu

0

BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA

"Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa"

"Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa"

SUMBER FIKIRAN MAJU

Negara yang berdaulat
Menjulang satu bahasa
Kemegahan semua
Rakyat bersatu setia

Bahasa sumber ilmu dinamik
Memajukan fikiran

Bahasa diwarisi
Mercu tanda peradaban
Penghubung Timur Barat
Mengungkap kegemilangan
Warga Malaysia yang terbilang
Subur persaudaraan

Gunakan bahasa
Hidup bermaruah
Sederap dan sekata
Amal bahasa cogan jiwa
Mulia dan terbela

Negara yang berdaulat
Menjulang satu bahasa
Kemegahan semua
Rakyat bersatu setia

Bahasa sumber fikiran maju
Memakmurkan khazanah
Bahasa sumber fikiran maju
Demi nusa dan bangsa

Lagu: Haji Abdul Hamid Baharuddin
Lirik: Mohd. Hanafi Ibrahim
Gubahan: Haji Abdul Hamid Baharuddin


0

LAYARI PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN

0

KARANGAN UPSR

Kepada pelajar tahun 4-6 bolehlah melayari laman web ini untuk memantapkan karangan penulisan. Pelajar boleh membuat permintaan karangan ataupun menulis karangan. Setiap karangan pelajar akan dinilai oleh pembaca : layari http://karangan.upsr.net/

0

STATUS BAHASA MELAYU

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia

0

SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Sebagai contoh; ada hati yang bermaksud ada kemahuan, alas perut pula bermaksud makanan yang dimakan sedikit supaya tidak lapar.

0

BIDALAN

Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran.

Contoh bidalan seperti jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak yang bermaksud semakin kaya semakin sombong.

0

PERIBAHASA

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Lihat contoh peribahasa

0

ASAL USUL ISTILAH BAHASA MELAYU/BAHASA MALAYSIA

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?

Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Namun begitu, di Malaysia, kekeliruan telah muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan sebagai nama rasmi.

Ada pihak yang memikirkan "Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memperkenalkan istilah "Bahasa Malaysia" sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas." Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara spontan selepas Mei 13, 1969. Ini terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan Malaysia tidak berubah.

Pada tahun 1986, istilah "Bahasa Malaysia" ditukar kepada "Bahasa Melayu". Menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, "bahasa kebangsaan [Malaysia] ialah bahasa Melayu".[3]

Namun begitu, Pada 4 Jun 2007, Kabinet membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia". Kabinet mengarahkan supaya semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.[4][5][6] Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru "Bahasa Malaysia" adalah muktamad.[7]

Namun, kuasa menukar istilah demikian bukanlah hak individu. Oleh sebab itu istilah bahasa Melayu tetap digunakan

0

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di ThailandFilipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Selatan,

PPD HULU LANGAT

BMM 3105 BASERI